Ahad, 1 Mac 2009

Salam....
Sedikit karya yang aku ciplak dari member
Sekadar menyejukkan hati aku bila dah lama xbukak aku punya blog...
Juga sedikit ole2 untuk para pengunjung...
Jadi aku pun muatkan sedikit bacaan pendek ini.....

Buat bakal –bakal !!!!!
Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya... KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah? Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! ! Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje... Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi... Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja... INI YANG BEST NI Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya.... Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian .. JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat:
Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Macam aku ni dah kawinnnn jer bila ada ayat2 macam ni kat blog aku.....
hehe...maybe untuk motivasi aku sendiri agar aku terus berusaha untuk mendirikan rumahtangga...haha...doa-doakan untuk aku....Sekian untuk kali ini....

Rabu, 17 Disember 2008

Salam sejahtera kepada semua pengunjung yang sudi melayari blog ini....

Pertama kali aku menulis dan menghasilkan blog sendiri sambil meneliti dan mempelajari konsep menghasilkannya terasa sedikit seronok. Keseronokan terhadap benda benda yang baru. Lumrah naluri bagi insan agaknya.

Ucapan yang tak terhingga kepada ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya jualah yang memberikan aku kudrat untuk terus menjalani kehidupan ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Jika dihitung-hitungkan kembali, pasti tidak dapat difikirkan dengan tepat segala nikmat yang diberikanNya. Subhanallah...Maha Suci tuhan yang menjadikan sekalian isi alam ini.

Kini 1430h/2009m kian menjelma.
Kalau dilihat dari sudut sejarah, bermulanya tahun Hijrah (tahun baru bagi umat Islam) adalah bertitik tolak daripada perpindahan Rasulallah SAW dengan para sahabatnya dari Makkah ke Madinah. Dengan demikian jualah kejayaan demi kejayaan dicapai oleh umat Islam dengan pantas dan terserlah indah di mata umat-umat lain. Demi mencapai kejayaan ini, pelbagai usaha yang tidak terhingga dan begitu bersungguh-sunguh yang menjadi dasar utama mereka. Diselaputi pula dengan ketaqwaan dan keimanan yang tinggi kepada Allah SWT.

Aku tertanya-tanya pada diri, apakah sudah berhasil usaha ku untuk mencapai impian sepertimana azam yang tertanam kuat di minda dan jauh di lubuk hati ini. Bekerja sendiri dan berniaga.

Banyak perkara sudah diperolehi dan banyak lagi yang masih belum dicapai. Namun aku mengharapkan keberkatan dan keredhaan Ilahi dalam meneruskan perjuangan hidup ini. Mengambil iktibar sepertimana perjuangan umat islam terdahulu yang sememangnya hebat berjuang dan berusaha. Menjadikan Rasulallah SAW dan para sahabatnya sebagai i'kon. Bertindak dan bergerak berdasarkan suruhan ilahi dan menjahui segala larangannya....
Moga-moga berhasil... Insyaallah.

Onak ranjau dalam menempuhi hidup ini, kadang-kadang mampu melumpuhkan kekuatan fikiran dan iman tatkala nafsu menguasai diri. Memang betul kata sesetengah orang, "Ramai ingin berniaga dan bekerja sendiri, tapi tidak ramai pula yang mampu bertahan". Cabarannya terasa, gambarannya jelas nyata, bila diri sendiri yang berada di medan perniagaan ini. Walaupun hanya sebuah syarikat yang kecil, tetapi sedikit sebanyak memberikan kesan dalam menjalani kehidupan seharian.

Bersama dengan seorang sahabat yang juga rakan kongsi yang terlalu banyak memberikan sumbangan dalam menggerakkan syarikat ini, kami sama-sama berkongsi idea, bergabung tenaga, saling membantu, dan hormat-menghormati yang mungkin menjadikan diri ini mampu bertahan sehingga ke hari ini. Kelunturan semangat dan putus asa seringkali menjelma dan menghantui diri. Namun, tekad dan keazamanlah yang terus mendorong agar cuba dan mencuba. Alhamdulillah.....syukran ya Allah... Juga terima kasih sahabatku Helmi......

Semoga bertambahlah barakah untuk tahun 1430h/2009m....

Catatan pendek sekadar permulaan...