Rabu, 17 Disember 2008

Salam sejahtera kepada semua pengunjung yang sudi melayari blog ini....

Pertama kali aku menulis dan menghasilkan blog sendiri sambil meneliti dan mempelajari konsep menghasilkannya terasa sedikit seronok. Keseronokan terhadap benda benda yang baru. Lumrah naluri bagi insan agaknya.

Ucapan yang tak terhingga kepada ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya jualah yang memberikan aku kudrat untuk terus menjalani kehidupan ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Jika dihitung-hitungkan kembali, pasti tidak dapat difikirkan dengan tepat segala nikmat yang diberikanNya. Subhanallah...Maha Suci tuhan yang menjadikan sekalian isi alam ini.

Kini 1430h/2009m kian menjelma.
Kalau dilihat dari sudut sejarah, bermulanya tahun Hijrah (tahun baru bagi umat Islam) adalah bertitik tolak daripada perpindahan Rasulallah SAW dengan para sahabatnya dari Makkah ke Madinah. Dengan demikian jualah kejayaan demi kejayaan dicapai oleh umat Islam dengan pantas dan terserlah indah di mata umat-umat lain. Demi mencapai kejayaan ini, pelbagai usaha yang tidak terhingga dan begitu bersungguh-sunguh yang menjadi dasar utama mereka. Diselaputi pula dengan ketaqwaan dan keimanan yang tinggi kepada Allah SWT.

Aku tertanya-tanya pada diri, apakah sudah berhasil usaha ku untuk mencapai impian sepertimana azam yang tertanam kuat di minda dan jauh di lubuk hati ini. Bekerja sendiri dan berniaga.

Banyak perkara sudah diperolehi dan banyak lagi yang masih belum dicapai. Namun aku mengharapkan keberkatan dan keredhaan Ilahi dalam meneruskan perjuangan hidup ini. Mengambil iktibar sepertimana perjuangan umat islam terdahulu yang sememangnya hebat berjuang dan berusaha. Menjadikan Rasulallah SAW dan para sahabatnya sebagai i'kon. Bertindak dan bergerak berdasarkan suruhan ilahi dan menjahui segala larangannya....
Moga-moga berhasil... Insyaallah.

Onak ranjau dalam menempuhi hidup ini, kadang-kadang mampu melumpuhkan kekuatan fikiran dan iman tatkala nafsu menguasai diri. Memang betul kata sesetengah orang, "Ramai ingin berniaga dan bekerja sendiri, tapi tidak ramai pula yang mampu bertahan". Cabarannya terasa, gambarannya jelas nyata, bila diri sendiri yang berada di medan perniagaan ini. Walaupun hanya sebuah syarikat yang kecil, tetapi sedikit sebanyak memberikan kesan dalam menjalani kehidupan seharian.

Bersama dengan seorang sahabat yang juga rakan kongsi yang terlalu banyak memberikan sumbangan dalam menggerakkan syarikat ini, kami sama-sama berkongsi idea, bergabung tenaga, saling membantu, dan hormat-menghormati yang mungkin menjadikan diri ini mampu bertahan sehingga ke hari ini. Kelunturan semangat dan putus asa seringkali menjelma dan menghantui diri. Namun, tekad dan keazamanlah yang terus mendorong agar cuba dan mencuba. Alhamdulillah.....syukran ya Allah... Juga terima kasih sahabatku Helmi......

Semoga bertambahlah barakah untuk tahun 1430h/2009m....

Catatan pendek sekadar permulaan...

Tiada ulasan: